Gadis Cuaca

Gadis Cuaca[8] (bahasa Jepun: 天気の子, Romaji: Tenki no Ko) atau dalam (Terjemahan: Anak Cuaca) ialah sebuah filem animasi Jepun bergenre fantasi romantik yang ditulis dan diarahkan oleh Makoto Shinkai. Latar belakang filem ini ialah Jepun ketika musim tengkujuh yang melampau sambil mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang melarikan diri ke Tokyo lalu berkawan dengan seorang gadis yatim yang tampak seakan-akan mampu mengawal cuaca. Filem ini dihasilkan oleh CoMix Wave Films, Genki Kawamura dan Story Inc.. Muzik yang digunakan dalam filem pula digubah oleh Radwimps.Gadis Cuaca mula ditayangkan di Jepun pada 19 Julai 2019. Sebuah padanan filem tersebut dalam bentuk novel juga telah diterbitkan sehari sebelum penayangan filem tersebut. Novel itu dikarang oleh Shinkai dan merupakan antara karya asalnya. Padanan manga juga telah diterbitkan dalam majalah Afternoon terbitan Kodansha bermula 25 Julai tahun yang sama. Manga yang diilustrasikan oleh Kubota Watari ini telah dimasukkan dalam pencalonan anugerah Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-92.[9]

Gadis Cuaca

Bahasa bahasa Jepun
Muzik oleh Radwimps
Disunting oleh Makoto Shinkai
Pengarah Makoto Shinkai
Penerbit Genki Kawamura
Penulis Makoto Shinkai
Pecah panggung
Bahasa Jepun 天気の子
Hepburn Tenki no Ko
Mula ditayangkan 19 Julai 2019 (2019-07-19) (Jepun)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Ryôsuke Tsuda
Tempoh tayangan 112 minit
Dibintangi oleh
  • Kotaro Daigo
  • Nana Mori
Negara Jepun
Pengedar Toho
Terjemahan Anak Cuaca